AL-QURAN DITURUNKAN

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Allah s.w.t telah memuliakan Al-Quran dengan menurunkannya sebanyak tiga peringkat. Para ulama menyatakan penurunan Al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus dan berperingkat. Namun begitu, ulama berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini iaitu dari Allah s.w.t ke al-Lauh al-Mahfuz, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah ke langit dunia dan kepada malaikat Jibril a.s dalam tempoh 20 malam 3 tahun.

Peringkat pertama = Dari Allah s.w.t ( Dari al-Lauh al-Mahfuz )
Peringkat kedua = Bait al-‘Izzah di langit dunia (Malaikat Jibril a.s
dalam masa 20 malam)
Peringkat ketiga = Rasullallah s.a.w ( 23 tahun )


Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT adalah benar-benar berlaku. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-buruj ayat 21 dan 22 yang berbunyi:
بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَجِيْدٌ فِيْ لَوْحٍ مَّحْفُوظِ
“Bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya; (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.”

Keadaan
- Ketika adanya al-Quran ini di Lauh al-Mahfuz , tidak ada sesiapapun yang tahu mengenainya melainkan Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui.
Hikmah
- Hikmah diturunkan Al-Quran ini secara sekaligus pasti sepenuhnya menunjukkan bahawa setiap apa yang ditentukan oleh Allah swt dengan ketentuan dan kekuatannya pada setiap apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.
- Tidak dapat dinafikan, sesungguhnya beriman dengannya(AlQuran) adalah kekuatan bagi iman seseorang hamba kepada Tuhannya.
Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia.
Peringkat ini berlaku berdasarkan kepada tiga ayat Al-Quran. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas iaitu berdasarkan ayat yang pertama Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan ,ayat kedua dan ketiga Al-Quran diturunkan pada malam yang berkat. Firman Allah SWT: surah Al Baqarah /: ayat 185

شَهْرُ رَمَضَانَ الَذِي أُنْزِلَ فِيْهِ القُرْاَنُ هُدًى لِّلنَّاسِ
“(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia”

إِنَّآ أَنْزَلْنَهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَرَكَهٍ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat”
Ad-Dukhan ; 3
إِنَّآ أَنْزَلْنَهُ فِى لَيْلَةِ القَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,”
Al-Qadr : ayat 1.
Dikeluarkan oleh Al Hakim dengan sandarannya daripada sa’id ibnu jabir meriwayatkan Abdullah bin Abbas berkata,” Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr(الذكر) dan ditempatkan di Bait al- ‘Izzah di langit dunia. Dan didatangkan malaikat Jibril untuk menurunkannya(alquran) keatas nabi Muhammad s.a.w…
Keadaan
Tidak dinafikan juga bahawa Al-Quran diturunkan ke Bait Al-‘Izzah daripada alam ghaib(lauh al-mahfuz) yang tidak diketahui apa-apa sekalipun tentangnya melainkan dari kalangan yang tidak pernah melakukan dosa.Iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Hikmah
Turunnya Al-Quran ini sepertimana dikatakan oleh Al-A’lamah Abu Syammah iaitu pentingnya perintah Al-Quran dengan melakukan suruhan daripada penurunannya dengan pengetahuan suku sakat di langit tujuh bahawa sesungguhnya bagi kitab akhir ini diturunkan keatas nabi yang terakhir untuk memuliakan ammat Islam, dan penurunannya sebanyakm dua kali iaitu secara sepenuhnya dan secara sikit demi sedikit mengikut keadaan dan masa.
Kepada Rasullallah s.a.w daripada malaikat Jibril a.s dalam masa 23 tahun.
Penurunan ini berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sejak baginda dilantik menjadi rasul dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah Munawarah. Bukti ini dirakamkan dalam surah As-Syua’ra’ ayat 193: -
نَزَلَ بِهِ الرُوْحُ الأَمِيْنُ
Maksudnya :”Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah”



Keadaan
Daripada kisah An-Nawasi bin Sam’an maka terangkat Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w: Apabila bercakap tentang wahyu Allah s.w.t yang diambil dari langit dunia maka bergegarlah yang amat kuat, apabila didengar oleh ahli langit maka mereka terkejut, dan terus sujud, maka terjadilah dikalangan mereka iaitu malaikat jibril terangkat kepala. Maka Allah s.w.t berfirman dengan wahyunya dengan kekuatan Yang Maha Kehendak bagiNya,…

Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur
Apa yang dimaksudkan turunnya Al-Quran secara beransur-ansur disini ada dua dari bahasa arab iaitu تنزيل dan إنزال yang memberi maksud turunnya atas jalan berperingkat dan berselerak, pendapat ini dijelaskan oleh Ulama’ Bahasa tentang perbezaannya iaitu sikit-sikit dan sekaligus, maka kalimah “ تنزيل ” bermaksud turunnya Al-Quran secara berperingkat dan “ إنزال ” bermaksud turunnya Al-Quran secara umum atau sekaligus. Sepertimana yang diceritakan dalam al-Quran dalam surah Al-Isra’ : ayat 106.

انًا فـَـرَقْنهُ لِتَقْرَأهُ عَلـَى النَّاسِ عَلى مُكْثٍ وَنَزّلنَهُ تَنْزِيْلًا ءوَقـُـرْ
“Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

Hikmah turunnya Al-Quran secara beransur-ansur
1. Menetap dan menenangkan hati Nabi Muhammad s.a.w
2. Mengehad hujah-hujah penentang ajaran Islam dan membuktikan kemu’jizatan seorang nabi.
3. Memudahkan penghafazan dan memahaminya.
4. Mengikuti cerita-cerita dan peringkat-peringkat sesuatu syariat dalam Islam.
5. Membuktikan secara tegas dan tepat bahawa Al-Quran ini diturunkan oleh Allah Yang Terpuji lagi Bijaksana.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Anatomi Al-Quran |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net