<< PERINGKAT PENURUNAN >>

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Allah s.w.t telah memuliakan Al-Quran dengan menurunkannya sebanyak tiga peringkat. Para ulama menyatakan penurunan Al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus dan berperingkat. Namun begitu, ulama berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini iaitu dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah ke langit dunia dan kepada malaikat Jibril a.s dalam tempoh 20 malam 3 tahun...


peringkat pertama = aLLAH


peringkat kedua = MALAIKAT


peringkat ketiga = NABI

Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT adalah benar-benar berlaku. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-buruj ayat 21 dan 22 yang berbunyi:


(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya; (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Keadaan

- Ketika adanya al-Quran ini di Lauh al-Mahfuz , tidak ada sesiapapun yang tahu mengenainya melainkan Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui.

Hikmah

- Hikmah diturunkan Al-Quran ini secara sekaligus pasti sepenuhnya menunjukkan bahawa setiap apa yang ditentukan oleh Allah swt dengan ketentuan dan kekuatannya pada setiap apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.

- Tidak dapat dinafikan, sesungguhnya beriman dengannya(AlQuran) adalah kekuatan bagi iman seseorang hamba kepada Tuhannya.

Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Peringkat ini berlaku berdasarkan kepada tiga ayat Al-Quran. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas iaitu berdasarkan ayat yang pertama Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan ,ayat kedua dan ketiga Al-Quran diturunkan pada malam yang berkat. Firman Allah SWT: surah Al Baqarah /: ayat 185


(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.



Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Dikeluarkan oleh Al Hakim dengan sandarannya daripada sa’id ibnu jabir meriwayatkan Abdullah bin Abbas berkata,” Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr(الذكر) dan ditempatkan di Bait al- ‘Izzah di langit dunia. Dan didatangkan malaikat Jibril untuk menurunkannya(alquran) keatas nabi Muhammad s.a.w…

Keadaan

Tidak dinafikan juga bahawa Al-Quran diturunkan ke Bait Al-‘Izzah daripada alam ghaib(lauh al-mahfuz) yang tidak diketahui apa-apa sekalipun tentangnya melainkan dari kalangan yang tidak pernah melakukan dosa.Iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Hikmah

Turunnya Al-Quran ini sepertimana dikatakan oleh Al-A’lamah Abu Syammah iaitu pentingnya perintah Al-Quran dengan melakukan suruhan daripada penurunannya dengan pengetahuan suku sakat di langit tujuh bahawa sesungguhnya bagi kitab akhir ini diturunkan keatas nabi yang terakhir untuk memuliakan ammat Islam, dan penurunannya sebanyakm dua kali iaitu secara sepenuhnya dan secara sikit demi sedikit mengikut keadaan dan masa.

Kepada Rasullallah s.a.w daripada malaikat Jibril a.s dalam masa 23 tahun.

Penurunan ini berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sejak baginda dilantik menjadi rasul dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah Munawarah. Bukti ini dirakamkan dalam surah As-Syua’ra’ ayat 193-195 : -


Maksudnya :Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata.

Keadaan

Sebahagian ulama berpendapat penurunan Al-Quran hanya sekali sahaja iaitu dari Allah SWT terus kepada Rasulullah s.a.w melalui malaikat Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Anatomi Al-Quran |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net