<< ImKaNuL WaHyU >>

 
Contoh kedudukan Wahyu kepada Manusia, (maqam dan juga kepentingan)


Insya-Allah dengan gambar rajah di bawah akan memudahkan untuk kita memahami kedudukan Wahyu..

 

  



Berdasarkan rajah diatas, Ilmu terbahagi kepada dua:


1.     Ilmu Alam Ghaib, iaitu alam yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat didengari malahan tidakk dapat dirasa. Melainkan dengan izin Allah S.W.T. perkara-perkara ialah sebagaimana yang telah diriwayatkan daripada Al-Quran As-Sunnah



2.     Ilmu Musyahadah, iaitu ilmu yang boleh dilihat oleh mata kasar



Ilmu yang dimaksudkan disini ialah Pengetahuan.

Bagi manusia pula, juga boleh dibahagikan kepada 2:


1.     Alam Roh: dimana ianya berkaitan dengan nyawa dan di dalam diri manusia, boleh juga di sebut nurani manusia




2.     Jasad: tubuh badan manusia yang mempunyai panca indera yang teristimewa, dan memilki akal.



Jika diperhatikan di sini, jasad manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan yang  sihat dan sejahtera. begitu juga dengan roh, roh setiap manusia juga memerlukan makanan untuk terus menyokong jasad.


Untuk jasad, manusia mencari sumber makanan yang boleh  kunyah dan diproses untuk menjadi tenaga. Maka begitu juga dengan roh, dimana dengan menerima wahyu, ia seperti menerima makanan untuk terus berkembang, makanan roh ialah wahyu dimana di kenali dengan makanan rohaniyah, dan makanan jasad dikenali sebagai jasadiyah dan lain-lain.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Anatomi Al-Quran |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net