<< Faedah >>


Faedah mengetahui Makkiyah – Madaniyah :

1. Mengetahui tempat dan waktu diturunkannya ayat Al-Qur’an, untuk membantu memahami penafsiran yang benar .

2. Memahami gaya bahasa Al-Qur’an dan memanfaatkannya dalam dakwah.

3. Memahami sirah nabawiyah dan uslub dakwahnya

Pembahagian dan Perbezaan

Ayat ayat suci Al-Quran

Ada dua kumpulan ayat-ayat surah-surah Al-Quran, iaitu :
  • Makkiyah :Ayat ayat yang diturunkan semasa baginda belum berhijrah ke Madinah.
  • Madaniyah : Ayat-ayat yang diturunkan semasa baginda telah berpindah ke Madinah.
Ayat-Ayat Makki-Madani adalah :
1. Ayat yang diturunkan di Mekkah.
2. Ayat yang diturunkan di Madinah.
3. Ayat yang diperselisihkan turun di Mekkah atau Madinah.
4. Ayat-ayat Makkiyah dalam surah madaniyah.
5. Ayat-ayat Madaniyah dalam surah Makkiyah.
6. Ayat yang diturunkan di Mekkah tapi hukumya Madaniah.
7. Ayat yang diturunkan di Madinah tapi hukumnya Makkiyah
8. Ayat yang serupa dengan yang diturunkan di Mekkah dalam kelompok Madaniyah.
9. Ayat yang serupa dengan yang diturunkan di Madinah dalam kelompok Makkiyah.
10. Yang dibawa dari Mekkah ke Madinah.
11. Yang dibawa dari Madinah ke Mekkah.
12. Yang turun diwaktu malam dan siang
13. Yang turun dimusim panas dan musim dingin.
14. Yang turun ketika menetap (mukim) dan dalam perjalanan (safar).

Perbezaan Makkiyah dan Madaniyah :

1. Berdasarkan waktu, inilah yang paling mashur dikalangan mufasirin bahawa telah menjadi kesepakatan dikalangan mereka, bahawa a ayat yang diturunkan sebelum hijrah adalah Makkiyah, sedangkan yang diturunkan sesudah hijrah adalah Madaniyah. Dalam hal ini tempat bukan menjadi ukuran. Misalnya QS Al-Maidah [5] : 3 adalah Madaniyah meskipun diturunkan di Arafah - Mekkah.

2. Berdasarkan tempat, jika diturunkan di Mekkah (meliputi Mina, Arafah, Hudaybiyah) bererti Makkiyah. Jika diturunkan di Madinah (meliputi Badar dan Uhud) bererti Madaniyah.

3. Berdasarkan Kitab, iaitu seruan yang disampaikan. Jika ditujukan kepada penduduk Makkah maka Makkiyah. Jika ditujukan kepada penduduk Madinah maka berarti Madaniyah. Hal ini bermasalah jika seruan tidak ditujukan kepada keduanya.

Ayat Makkiyah dan ciri-cirinya :

1. Setiap surat yang mengandung sajadah.
2. Setiap surat yang mengandung lafazf “kalla”.
3. Setiap surat yang mengandung “ya ayyuhan nas”.
4. Setiap surat yang mengandung kisah para Nabi kecuali surat Al-Baqarah
5. Setiap surat yang mengandung kisah Adam dan Iblis kecuali surat Al-Baqarah.
6. Setiap surat yang diawali dengan huruf muqatta’ah kecuali surat Al-Baqarah dan Ali-Imran sedangkan surat Ra’d masih diperselisihkan.

7. Isinya mengajak kepada tauhid, celaan terhadap akidah musyrik dan budaya jahiliyah, berita syurga dan peringatan neraka, kisah para Nabi dan umat terdahulu yang dibinasakan, kata-katanya pendek, singkat tetapi berkesan.

Ayat Madaniyah dan ciri-cirinya :

1. Setiap surah yang mengandungi kewajipan
2. Setiap ayat yang didalamnya disebutkan orang-orang munafik, kecuali surat Al-Ankabut .
3. Setiap ayat yang didalamnya terdapat dialog dengan ahli kitab.
4. Surah yang mengandung seruan “Ya ayuhalladzina amanu …”
5. Isinya menjelaskan ibadah, muamalah, hukum dan perundangan, seruan terhadap ahli kitab untuk masuk Islam, menyingkap perilaku orang munafik, ayatnya panjang-panjang dan memantapkan syariat.

Perbezaan antara kedua kumpulan tersebut amat sukar dikesani secara sambil lalu saja. Namun, panduan berikut adalah diantara cara mengenalinya :


  • Ayat ayat Makkiyah selalunya pendek pendek. Manakala ayat Madaniyah biasanya panjang-panjang.
  • Ayat Makkiyah umunnya mengenai aqiqah, akhlaq, kesan kesan umat yang terdahulu dan ancaman dosa serta ganjaran pahala.
  • Ungkapan bahasa Makkiyah kadangkala terdapat rangkaiankata 'Ya aiyuhannas' dan ' Ya bani Adam'. manakala ayat Madaniyah sering disertai ungkapan 'Ya aiyuhalazina ammanu' dan tidak 'Ya aiyu hannas' kecuali dalam tujuh ayat sahaja, iaitu :
    • Dua ayat dalam Al-Baqarah ( ayat : 21 dan 168)
    • Empat ayat dalam An-Nisak (ayat : 1, 133, 170 dan 174)
    • Satu ayat dalam Al-Hujarat (ayat : 13 ).
  • Setiap surah yang ada sajdah adlah Makkiyah, kecuali yang dalam surah Al-Hajj.
  • Setiap surah yang ada disebutkan adalah Makkiyah.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Anatomi Al-Quran |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net