Contoh Bagi Taqrir


Taqrir: iaitu perbuatan yang dibenarkan oleh Baginda.

1.    Seperti memakan Dhob. Sebagaimana yang telah berlaku semasa

{ contoh: para sahabat memakan dhob(sejenis haiwan yang merayap seperti biawak) baginda tidak mengatakan apa-apa dan tidak memakan dhob.}

2.    Sebagaimana yang telah diriwayatkan daripada Baginda s.a.w.

Baginda telah mengutuskan segolongan lelaki di dalam suatu perang sariiyah. Ada seorang sahabat yang membaca Al-Quran ketika solat dengan mengkhatamkan bacaan tersebut dengan surah Al-Ikhlas (sepatut dikhatamkan dengan surah An-Nas). Apabila pulang sahaja daripada medan peperangan lalu seorang sahabat yang lain bertanyakan kepada Rasulullah akan keadaan ini. Rasulullah lantas bersabda:

“Tanyalah pada pembaca itu mengapa dia berbuat demikian?”

maka apabila ditanya,beliau menjawab:

“kerana yang demikian itu adalah daripada sifat-sifat Ar-Rahman, dan aku menyukai membaca sebegitu”

Bersabda Nabi:

“khabarkan kepada beliau sesungguhnya Allah menyukainya” (membaca sedemikian).
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Anatomi Al-Quran |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net